Masih lagi diburu mengenai kisah cintanya bersama Hans Isaac, Neelofa menafikan dia kembali bercinta dengan pelakon dan penerbit tersebut selepas tahun lalu namun mengaku sudah bercakap semula dengan Hans selepas Aidilfitri tahun lalu, hanya sekadar kawan.
“Cerita kami kononnya kembali bercinta adalah tidak betul. Saya masih
solo dan tidak bercinta dengan sesiapa pun sekarang. Kalau saya
menjawab, nafi atau sebaliknya, pasti akan jadi cerita lain pula. Jadi
lebih baik saya diam,” katanya kepada Harian Metro.
Spekulasi percintaan antara Neelofa dan Hans mula diperkatan sejak
tahun 2011 lagi ketika mereka bersama-sama menjalani penggambaran filem
Lemak Kampung Santan.
Manakala kisah mengenai percintaan mereka kembali diperkatakan apabila
Neelofa dilihat hadir ke pementasan teater Baik Punya Cilok lakonan
Hans, Datuk AC Mizal, Awie dan Afdlin Shauki di Istana Budaya, April
lalu.
No comments:
Post a Comment