Sebelum ini beberapa media tempatan telah melaporkan pasangan
Sharnaaz Ahmad dan Anis Al-Idrus ialah sepasang kekasih. Bagaimanapun,
Anis yang ditemui semasa majlis pelancaran produk Biogenesis Collagen,
menyangkal dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa dia dan Sharnaaz
merupakan teman rapat sahaja.
“Berkenaan itu kami tidak pernah mengaku bercinta yang boleh saya
cakap kami hanyalah kawan sahaja. Saya cuma sokong dia sebagai sahabat
serta sebagai seorang kawan dia yang paling rapat disebabkan itulah dia
menjadikan saya sebagai testimony untuk pengeluaran produk Biogenesis
Collagen itu,” katanya yang turut menjadi pengacara pada majlis
tersebut.
Mengenangkan keluarga yang berada di perantauan Anis lebih selesa tidak
bercakap tentang hubungannya yang masih lagi samar demi menjaga maruah
kedua-dua ibubapanya dan sekiranya benar dijodohkan bersama Sharnaaz dia
sendiri akan memberitahunya kepada umum.
“Keluarga saya jauh mereka berada di Indonesia dan saya merupakan
anak tunggal. Ibu bapa saya percayakan saya seorang di Malaysia. Untuk
menjaga maruah mereka saya rasa perkara ini tidak perlulah untuk
diperbesarkan. Sekiranya terjadi betul barulah bolehlah mengaku. Jadi
sekarang ini kami hanya berkawan rapat sahaja dan tak perlu
digembar-gemburkan”
“Buat masa ini ya Sharnaaz memang kawan rapat saya,” tambahnya.
Dalam pada itu, Sharnaaz telah pun berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa Anis dan mereka telah pun mengenali antara satu sama lain.
“Keluarga saya pernah berjumpa dengannya dan itu adalah syarat
pertama iaitu mesti berjumpa dengan keluarga kerana ibubapa saya
mestilah mengetahui siapa yang saya berkawan memandangkan mereka tinggal
jauh,” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment