Seakan menjadi budaya di kalangan artis kebelakangan ini jika mereka
berhijrah dan mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, pasti
perniagaan tudung jenama sendiri menyusul tidak lama kemudian dan ini
menimbulkan cakap cakap yang mereka bertudung kerana berniaga.
Antara yang terpalit dakwaan ini adalah Neelofa yang kini semakin berjaya dengan perniagaan tudung berjenama Naelofar
beliau. Namun, selebriti yang diminati ramai ini tenang menjawab yang
perniagaan dilakukan oleh artis berhijab merupakan satu bonus buat
mereka.
“Apabila seseorang mula berhijab sebab nak lariskan produk, bagi saya
niat itu perlu dihakis. Ini kerana saya sendiri niat berhijab kerana
Allah dan hanya Tuhan saja tahu kenapa saya berhijab”
“Kita tidak boleh menghukun atau mengkritik sebab untuk seseorang itu
mengubah kehidupan yang dibuat ke arah yang lebih baik, itu adalah
hadiah bermakna daripada Allah. Perniagaan yang diusahakan itu adalah
suatu bonus disebabkan mereka sudah punyai nama sebagai artis walaupun
ketika belum berhijab,” ujarnya kepada Berita Harian hari ini.
Dalam masa yang sama, Neelofa turut berharap yang para peminat akan
sentiasa memberikan dorongan positif terhadap artis yang sudah berhijrah
untuk mereka kekal berhijab.
No comments:
Post a Comment