"Aduh, tol naik, GST lagi, belanja pun semakin bertambah la nampaknya." Itulah keluhan yang sering kita dengar kini.Gaya hidup sebagai gadis memang memerlukan banyak belanja tidak kira di rumah, kolej, tempat kerja mahupun keperluan peribadi lain.
Bertindak bijak dengan berjimat! Itu yang boleh kamu lakukan untuk menangani masalah ini.
Ayuh, mari praktikkan 14 cara hidup berjimat ini untuk ‘selamatkan’ wang kamu.
1. Kad kredit
Untuk mengatakan tidak perlu dalam kehidupan realiti memang sukar namun
memiliki hanya sekeping kad kredit. Gunakan ketika benar-benar perlu
sahaja membantu bajet bulanan kamu. Elakkan berbelanja runcit dengan kad
kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.
2. Beli Barang
Sebelum beli, bandingkan dulu harga. Mungkin item yang sama tetapi
harganya tidak sama di tempat yang lain-lain. Harus jadi pembeli dan
pengguna bijak mulai sekarang.
3. Petrol & Kenderaan ke Kolej/ Pejabat
Jangan sesekali membazir petrol kereta atau motosikal kamu tanpa
keperluan dan tujuan. Paling bijak ialah menggunakan kenderaan kamu
untuk menyelesaikan dua tiga urusan pada sesuatu masa. Andai mudah, guna
kenderaan awam seperti bas, LRT dan Monorail. Jika rumah kamu sukar
mendapatkan perkhidmatan ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan
rakan.
4. Masak Di Rumah
Andai kamu tinggal di rumah bujang, memasak di rumah adalah yang
terbaik. Selain berjimat, kamu juga dapat mengasah skill memasak kamu
5. Kawal Bajet
Boleh saja kamu kawal perbelanjaan kamu mengikut bajet harian.
Contohnya, hari ini aku tak boleh spend lebih daripada RM50. Maka,
lebihan duit itu boleh dibawa ke hari yang kemudian.
6. Mix & Match Baju
Bosan dengan baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya.
Kamu perlu bijak mix & match sesuatu pakaian. Tidak semestinya anda
bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri untuk menjadi sedikit
kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru.
7. Suppliment & Ubat Kurus Badan
Buat apa nak spend duit untuk produk yang belum tentu buat kamu 'cantik.
Sebaiknya, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Let's the beauty come
naturally.
8. Senaman
Jangan menghabiskan wang kamu untuk membeli alat senaman yang mahal.
Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling kamu seperti bangku, meja
dan sebagainya. Apa yang penting adalah semangat dan disiplin kamu untuk
sihat.
9. Alatan Penjagaan Diri
Guna dengan cermat dan tidak membazir. Alat make-up juga harus digunakan
dan dijaga dengan sebaiknya. Tak perlu beli blusher dua tiga kali
seminggu sebab hilang dari handbag.
10. Jualan Murah
Jika kamu peminat setia kepada sesuatu berjenama, tunggu sahaja bila ada
jualan murah. Kamu mungkin dapat membeli lebih dari satu barang pada
harga yang sama. Ini lebih menguntungkan bukan?
11. Entertainment
Cuba kurangkan aktiviti seperti tengok wayang, berkaraoke atau bermain
boling. Mungkin aktiviti ini akan jadi lebih seronok andai dilakukan
sekali-sekala.
12. Pelan Data
Tidak dinafikan, sebahagian duit dileburkan untuk menghidupkan
smartphones kamu. Pilih data internet yang berbaloi mengikut keperluan
dan penggunaan kamu.
13. Keluar Dating
Tak perlu pun bayar mahal-mahal untuk lepak di kafe hispter atau tempat
yang grand, pilih tempat yang best tapi harga menu makan pun murah dan
berbaloi-baloi.
14. Bercuti
Tak salah pun nak pergi bercuti, tapi rancanglah perjalanan kamu agar tidak 'overspend' sepanjang perjalanan nanti.
Sumber : Remaja Karangkraf
Sumber : Remaja Karangkraf
No comments:
Post a Comment