Breaking News
recent

4 TIPS UNTUK ELAKKAN DIRI DARIPADA JET LAG


Jika pernah mengalami ‘jet lag’, anda pasti tahu bagaimana sukarnya mengembalikan kesegaran badan.

Perubahan jam tubuh kerana perbezaan waktu di destinasi yang dituju terutama di negara Eropah sememangnya membuatkan badan ‘keliru’ sekali gus menyebabkan banyak perancangan terpaksa diubah.

Jika tidak mahu keseronokan yang dirancang menjadi hambar kerana masalah ‘jet lag’, jom semak tip melancong minggu ini yang menyenaraikan beberapa cara untuk mencegahnya. Selamat mencuba!

- Sesuaikan aktiviti dengan waktu di negara tujuan sebelum berangkat
Jika boleh menukar waktu aktiviti, mulai menjalani rutin harian yang sesuai dengan waktu di negara yang akan dikunjungi. Mulai dengan tidur lebih awal atau lambat dan mengubah jadual makan.

Persiapan kecil sekalipun boleh memberikan kesan besar dan membantu saat sampai di negara tujuan.

- Ubah waktu di jam

Atur waktu di jam tangan atau telefon bimbit kita sesuai dengan destinasi yang akan dikunjungi. Dengan mengubah waktu, anda pasti akan terbiasa dengannya dan apabila tiba di destinasi nanti, perubahan waktu itu sudah kurang dirasai lagi.

- Hindari tempat duduk yang terkena matahari


Ketika menempah penerbangan, pilih tempat duduk dalam pesawat yang tidak terkena sinar matahari sehingga anda boleh tidur dengan mudah.

Namun, jika tidak dapat tempat duduk diingini, gunakanlah penutup mata yang disediakan di dalam pesawat atau membawanya sendiri atau kaca mata hitam yang selesa dipakai.

- Hindari alkohol dan kafein

Meskipun sangat menggoda terutama anda si penggemar kopi, setengah botol alkohol dan espresso boleh mengganggu perjalanan merentas benua. Anda pasti akan mendapat kesannya ketika mendarat nanti.

Sebaiknya, hindari alkohol dan kafein. Minum air kosong saja sepanjang penerbangan cukup berfaedah buat anda.

Sumber : Harian Metro
Unknown

Unknown

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.