Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan di
dalam Belanjawan 2016 bahawa pengguna prabayar akan menerima kembali
rebat bersamaan dengan amaun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang
telah dibayar mereka sebelum ini.
Perdana Menteri mengatakan amaun berkenaan akan dikreditkan semula secara automatik kepada pengguna bermula daripada 1 Januari 2016 hingga Disember 2016 kelak.
Sebelum ini bermula 1 April lalu kerajaan telah melaksanakan GST di mana menyaksikan harga tambah nilai prabayar turut mengalami kenaikan sebanyak 6 peratus.

Bagaimanapun pada 19 Oktober lalu, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia
mengeluarkan kenyataan mengenai harga baru kad tambah nilai prabayar
telefon bimbit di mana harga akan kembali seperti sebelum perlaksanaan
cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 November ini.
No comments:
Post a Comment