Breaking News
recent

BODOH : TINDAKAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH SEORANG BAPA

 GAMBAR dari rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu berpaut pada tingkap kenderaan yang dipandu bapanya

Riyadh : Seorang lelaki ditangkap selepas dia memandu di lebuh raya selaju 104 kilometer sejam dengan anaknya bergayut di luar tingkap kenderaan itu. Kejadian itu dirakam seorang pemandu lain sebelum ia menjadi viral di media sosial.

Polis berjaya menjejaki lelaki berkenaan menerusi video itu dan menahannya atas tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak dan pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, orang ramai menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman berat terhadap lelaki itu dan mencadangkan kanak-kanak berkenaan diletakkan di bawah penjagaan agensi kebajikan.

Polis sehingga ini enggan mengulas sama ada kanak-kanak itu didera atau berseronok dengan tindakan bapanya. Keselamatan jalan raya adalah isu besar di Arab Saudi.
Unknown

Unknown

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.