Gambar Hiasan
SAYA suami
berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya
yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak.
Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang
jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya.
Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar
masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas
sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke
tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar
pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik
saya. Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya
dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal
mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar
berbaring di sebelah. Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa
banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami
sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada. Kini saya
bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan
mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau
isteri ada di rumah. Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila
isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini
membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton
bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah
terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa. Bantulah saya untuk
menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk
hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik
ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih
selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi
tidak dapat mengatasi masalah ini.
SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru
-------------------------------------------------------------
JAWAPAN Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang
mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula
bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu. Malah,
terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika
terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: “Sesungguhnya
nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan.” [Yusuf: 53] Tambahan
pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal
membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu. Lebih mengecewakan,
Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada
kalangan darah daging isteri saudara. Tidak tergambar betapa hancurnya
hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar. Cuba bayangkan
saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang
seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara
lelaki. Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah.
Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga. Saudara
sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan
cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang. Ambil tindakan segera
dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan
tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar. Jika usaha
mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan
memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan
adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana
rasa bersalah. Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar,
saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak
baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara.
Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat.
No comments:
Post a Comment