Breaking News
recent

WANITA BERKURUNG RUPANYA GANTUNG DIRI



Melaka : Akibat curiga dengan gelagat anaknya yang berusia 27 tahun berkurung di dalam bilik air, seorang ibu melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila menemui mayat wanita terbabit dalam keadaan leher dililit paip getah serta tergantung pada tangki air.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di sebuah rumah kedai di Malim Jaya, di sini, kelmarin, ibu mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan pemeriksaan lanjut yang dilakukan pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Difahamkan, dalam kejadian beberapa bulan lalu, mangsa cuba meneguk cecair peluntur pakaian dipercayai untuk membunuh diri, namun dihalang ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita terbabit.

Beliau berkata, hasil maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarganya, mangsa ibu tunggal mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.


Sumber : Harian Metro

Unknown

Unknown

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.